Islam : tolak perkauman

Rasulullah saw pernah berkata :

“bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru ke arah perkauman, bukan daripada kalangan kami orang yang berjuang atas dasar perkauman, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati atas dasar perkauman”

para sahabat bertanya,

“apakah yang dinamakan perkauman itu wahai Rasulullah?

Rasulullah saw menjawab;

“kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman (iaitu walaupun dia zalim kamu menolong dan berpihak kepadanya.)”

Tidak salah seorang itu kasih kepada kaum bangsanya, kerana Rasulullah juga kasih kepada keluarga dan bangsanya. Tetapi perasaan kasih itu tidak boleh dijadikan akidah sehingga menjejaskan penentuan benar dan salah, adil dan zalim, kerana kebenaran sepenuhnya daripada Allah.

Tidak ada seorang pun yang istimewa dibawah hukum Islam, undang-undang dan peraturannya sama ada dalam perkara menentukan benar ataupun salah, menjatuhkan hukuman atau pembahagian hak.

Malah Islam yang bersifat universal itu bukan sahaja dalam soal mengendalikan urusan orang-orang yang sudah menganut Islam, tetapi juga melibatkan semua manusia termasuk yang belum menganut Islam.

(Bagaimana Islam memerintah negara : Haji Abdul Hadi Haji Awang)

Bintang Allah ‘azza wa jalla

Maha suci Allah,

siapa sangka cahaya bintang-bintang di langit yang kita lihat di malam hari adalah cahaya yang datang kepada kita 4~16 tahun yang lalu (yang terawal). Bahkan ada cahaya bintang yang kita lihat, sebenarnya cahaya bintang yang telah pun bercahaya berjuta-juta tahun yang lampau. Dan cahaya itu selamat sampai ke penglihatan manusia dengan izin dan kehebatan Allah swt.

Tahukah anda jarak bintang terdekat (selain matahari) dengan bumi adalah sejauh 4 tahun perjalanan cahaya. Bintang terjauh dari bumi (yang dijumpai setakat ni) adalah sejauh 93 bilion tahun cahaya. 1 tahun perjalanan cahaya lebih kurang 1×1012 kilometer. 1000000000000 KM.  pheww..

Subhanallahi wa bihamdihi, subhanallahil ‘azim

***********

Setiap amal-amal Islam, kerja-kerja agama, aktiviti-aktiviti dakwah yang kita lakukan, apakah ianya akan menjadi sia-sia?

Mungkin hari ni, semua manusia menolak kebaikan yang kita lakukan, siapa jangka beribu tahun mendatang itulah cahaya yang menyelamatkan manusia dari kemurkaan Allah ‘azza wa jalla.

Mungkin hari ni, amal-amal Islami yang kita laksanakan tidak mendapat tempat dihati manusia, siapa jangka suatu hari nanti cucu cicit mereka yang akan memperjuangkannya.

Seperti mana cahaya bintang yang Allah pelihara dan jaga sehingga sampai ke mata manusia, mudah-mudahan Allah pelihara dan terima setiap amal-amal kebaikan yang kita lakukan untuk Islam. Kalaupun bukan kesannya akan kita lihat segera, pasti memberi manfaat kepada kita di mahkamah agung Allah swt.

Allahumma solli ‘ala Muhamad, wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.

Wallahu’alam wa nastagfirullah al ‘azim.

info bintang : wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Observable_universe)

Musafir Yakin

Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.

Apabila kita keluar bermusafir, wajiblah keatas diri kita untuk mempercayai dan meyakini jalan yang akan kita lalui. Kita juga akan meredhai jalan yang kita pilih untuk sampai kepada destinasi yang kita ingin tuju.

Jika kita bermusafir menggunakan laluan yang kita tidak yakin padanya, mudah sekali untuk kita sesat dan hilang arah tujuan ketika dalam perjalanan. Kita akan cepat ragu-ragu dan saling tidak mempercayai diantara ahli musafir.

Maka perjalanan musafir kita akan terganggu kemungkinan besar juga kita akan berpindah ke jalan lain dan bercerai-berailah kita dengan ahli musafir yang lain.

Cerita sama di jalan dakwah. Kisah kita musafir di dunia.

Jalan dakwah bukan jalan bid‘ah, bukan jalan yang baru tetapi jalan sama yang pernah dilalui para anbiya dan salafus soleh.

Jalan dakwahlah yang sepatutnya terlebih utama dipercayai dan diyakini kerana inilah jalan asal dimana seorang Muslim mengikat segala urusan hidupnya dan kepada Nya lah dia menyerahkan segala apa yang dimiliki sama ada harta, jiwa atau usia, fikiran dan waktu kerana disinilah letaknya kesudahan dan masa depan yang hakiki.

Maka wajib keatas diri setiap Muslim yang memilih laluan ini untuk tahu tentang keselamatan jalan dakwah, mengetahui keasliannya dan meyakininya supaya usia tidak dibazirkan di jalan yang menyeleweng dan bengkok.

Katakanlah: Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” [12:108]

Jangan ragu-ragu dengan jalan dakwah. Sekiranya kita enggan, sesungguhnya kita akan terumbang-ambing diantara bimbang dan ragu-ragu. Dikala kita membiarkan jalan ini, sesungguhnya pasukan Allah akan terus berjalan tanpa mempedulikan sama ada bilangan mereka ramai atau sedikit.

“.. dan pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah yang maha kuasa, lagi maha bijaksana.” [3:126]

Wallahua’lam

 

(jalan dakwah: Mustafa Masyhur)

Hebatnya, tapi sayang hanya kata-kata

A : Aku rasa para daie hari ni kena buat camni, camtu, bla..bla..bla..

B : Sepatutnya kena bykkan program yg lebih mesra pemuda. Ni program yg skema, rigid. Maner la org nk join.

C : Dakwah ni kena byk sabar, arini ramai org yg berdakwah tp ikut perasaan. Baru kena kutuk sket dah melenting.

D : Kalau begini caranya perjuangkan Islam, smpai bile2 pun takkan berjaya.

E : Rosaklah Islam kalau ade pemimpin macam ni.

 

Macam-macam. Komentar-komentar hebat para “dai’e online”.

 

^_^ : Jom join usrah hujung minggu ni?

A,B,C,D,E : errrr, sori la, aku busy. Len kali la ye.

^_^ : Jom jadi ajk utk kem ibadah next week?

A,B,C,D,E : errr, sori la, aku tak sedia lagi la. Len kali la ye

^_^ : Minggu depan ade ceramah kat masjid, jom la, ajak membe2 len.

A,B,C,D,E : errr, kalau aku tak busy aku ajak. Join ke tak aku tak bleh janji la.

^_^ : Jom g daftar utk jadi pengundi nak?

A,B,C,D,E : Malas la, kalau tgk politik sekarang ni, mmg tak berkenan aku.

 

Alasan, alasan, alasan dan alasan kita terus beri.

 

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.  Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  [an-nisa’:95~96]

 

Hebatnya,

bila berkata-kata,

Diajak turun padang,

merasai suasana dakwah,

Diam seribu bahasa.

 

Bangkit wahai anak muda!!!

Solat awal waktu

Assalamualaikum warahmatullah.

Anda sayang kepada ibubapa anda? Apa yang anda boleh buat untuk balas segala kebaikan mereka kepada diri anda?

DOA. Doakan keampunan dan kebaikan bagi mereka. Bila-bila masa anda boleh berdoa, dimana-mana anda boleh berdoa (kecuali tempat2 tertentu), tidak kisah dalam bahasa apa sekali pun.

Antara masa mustajab (peluang tinggi untuk doa diterima Allah) berdoa adalah :

Sebelum solat (antara azan dan iqamah)

Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah” (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

Semasa solat (ketika sujud)

Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana waktu itu sangat tepat untuk dimakbulkan”  (Saahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48)

Selepas solat fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah swt, baginda s.a.w menjawab. “Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu” (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

Kalau hal SOLAT pun kita ambil culas, buat last minute ギリギリセーフtanpa sebab, masihkah ada lagi mustajab yang boleh kita harapkan dek kerana kemalasan diri sendiri?

Adakah itu tanda kita bersungguh-sungguh sayangkan ibubapa kita? Jika benar kita bersungguh, kita akan cuba sebolehnya untuk menggunakan masa mustajab itu sebaiknya. Pelihara kualiti solat, salah satu tanda sayang kepada ibubapa kita.

Jom solat di awal waktu!!! (Jangan lupa berdoa sekali) ^^

Maklumat lanjut di http://winter.ipij.info/

::Tammat::