Ia Hadir dan Ia Pergi

” Ya Allah, habis semua data. Kene format? Kenapa tak boleh buka ni? Betul ke ni? Langsung tak boleh buka. File, buku, gambar, software, semua tak boleh nak open….” Aku mengeluh sendiri. External hardisk yang aku bawa dari malaysia, tak boleh nak buka. Kene format dulu. Kalau format, confirm, semua data akan di delete. Terasa sedih yang amat sangat, Ya Allah , berilah kekuatan pada diri ini ya Allah.

syouganai na..  gambar family, sekolah, dokumen penting, bahan rujukan… semuanya dah hilang.. Aku menjadi jasad tak bernyawa, buat seketika. Tak tahu nak buat apa..

“Setiap perkara pasti ada hikmahnya.” aku cuba tenangkan diri. Berfikir mencari jalan penyelesaian bagi hati.

Pasti Ada Hikmah

malam ni malam ke 29 ramadhan. Sekejap jer rasanya, sebulan puasa rasa macam seminggu jer.  Berjayakah aku, mengambil barakah ramadhan? atau sekadar membiarkan ia hadir dan pergi sahaja?

Ya Allah, tuhan yang menerima taubat, apalah kiranya jika Engkau ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dan dosa umat Islam di muka bumi ini Ya Allah. Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami yang lalu, yang akan datang, dosa kecil dan dosa besar.

Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk menempuhi masa yang akan datang tanpa ramadhan, kekalkan hati kami untuk terus ‘ghairah’ beramal sepertimana ‘ghairah’ nya kami ketika bulan ramadhan. Jangan Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberi hidayah dan petunjuk pada hati ini, ya Allah.

ameen ya robbal alameen.

Bertemu lagikah kita?

Mampukah aku untuk terus istiqamah, dan mampukah aku untuk terus menanti ramadhan yang akan datang. Akan bertemu lagikah kita?

Ya Allah, tuhan yang menetukan segala-galanya, aku mohon padaMu, temukanlah aku dengan ramadhan yang akan datang. Andai kata Engkau mematikan pemilik hati ini sebelum ramadhan yang akan datang, maka Engkau terimalah segala amalanku dan ampunilah dosa-dosaku. Ya Allah, selamatkan aku dari seksa kubur dan azab api neraka Mu ya Allah.

ameen ya robbal alameen.

Nikmat nyawa dan nikmat dunia

Hari ni, Allah baru tarik sikit je nikmat, hardisk rosak. Kalaulah Allah tarik nikmat nyawa tu? Bersediakah aku?

Ya Allah, aku hamba Mu yang lemah, sentiasa melakukan silap dan salah. Janganlah Engkau jadikan umurku menjadi sia-sia, tunjukkan lah aku jalan yang benar, dan berikanlah kekuatan kepadaku untuk aku mengikut jalan tersebut ya Allah. Hanya pada Engkau lah aku sembah, hanya pada Engkau aku mohon pertolongan.

ameen ya robbal alameen.

Ramadhan, moga kita bertemu lagi,

Hadirmu membawa perubahan,

Pergimu memberi kekuatan,

moga dengan berkat ramadhan,

aku mampu menjadi INSAN,

yang mengharap redha tuhan.

insyaallah.  ^_^

Advertisements

Terasing di bumi tuhan

This gallery contains 1 photo.

“Bermulanya Islam itu dalam keadaan dagang (asing) , dan ianya akan kembali dagang (asing) , Maka beruntunglah orang-orang yang dagang (asing)” -imam muslim dan ibnu majah drpd abu hurairah- “Kitorang akan sampai kejap lagi, korang sembahyang dulu kat eki” pesan … Continue reading