Fahamkan ke tidak?

yasin

Alhamdulillah (Segala puji hanya bagi Allah swt). Tiap minggu kat Gifu ni ada wat Malam Yasin (MaYa). Tentulah setiap hari khamis malamnya Jumaat. Tiap minggu akan baca doa yang sama, rasanya semua rakyat Malaysia (muslim) akan tahu doa selepas baca yasin, walaupun tak hafal, tapi bila dengar orang baca boleh teka itu adalah doa yang selalu dibaca selepas baca Yasin. Apa makna doa yang selalu kita dengar mungkin juga selalu kita baca tiap minggu tu.

Cantik sangat kalau berdoa dalam bahasa arab, lagi cantik lagi molek kalau faham sekali dengan apa yang kita pohon dari Allah swt.  Minggu ni, masa Yasin,  nak baca doa dalam bahasa melayu lah. n_n

Doa Selepas Yasin (doa yang selalu ada dalam buku yasin)

 

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala puji hanya layak bagi Allah, Tuhan yang mencipta dan memdidik ala mini. Kami memuji dengan pujian yang layak dipanjatkan ke hadrat-Nya untuk mensyukuri segala kemurahan-Nya mencucuri nikmat dan rahmat yang tidak terhingga keatas kami. Wahai Tuhan kami, hanya Engkaulah yang layak menerima segala pujian kerana Engkaulah Tuhan yang memiliki segala kebesaran serta mercu kekuasaan yang Maha Tinggi. Ya Allah ya Tuhan kami, cucurilah rahmat-Mu ka atas nabi Muhammad serta ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda.


Ya Allah ya Tuhan kami, atas kebenaran surah Yasin dan al-quran yang berhikmah ini, atas kebenaran orang yang telah Engkau lantik sebagai pembawa risalah kenabian untuk member petunjuk ke jalan-Mu yang benar, atas kebenaran seluruh wahyu yang telah disampaikan oleh Jibril dalam bentuk sebuah kitab suci yang diturunkan oleh Mu, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa lagi Maha Mengasihani, atas kekudusan semua huruf dalam kalimat-kalimat nama-Mu yang sempurna itu, atas kebenaran segala rahsia yang Engkau terangkan hakikatnya kepada setiap makhluk yang ada melalui ayat-ayat suci, atas kebenaran rahsia kehalusan budi-Mu yang menolong manusia menghilangkan segala kekusutan jiwa dan melangsaikan beban hutang mereka, kami pohon perkenan.


Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan yang mengalirkan sungai-sungai dan mata air. Engkaulah Tuhan yang berkuasa menciptakan sesuatu dengan sekelip mata dan Engkaulah Tuhan yang mengetahui rahsia alam sebelum Engkau menjadikannya lagi. Kami memohon supaya Engkau mengurniakan sepenuh-penuh keredhaan kepada kami bagi membolehkan kami mengecapi nikmat kebahagiaan dan kesejahteraan yang Engkau redhai. Kami memohon supaya Engkau memperkenankan segala permohonan dan tuntutan kami. Seterusnya kami memohon supaya Engkau sentiasa sudi mendampingi kami serta memperlihatkan kemantapan dan kehebatan kami kepada musuh. Kami memohon supaya Engkau segera  memperkenankan segala doa kami.


Ya Allah ya Tuhan kami, perkenankanlah segala permohonan kami. Tunaikanlah segala hajat kami dan masukkanlah kami ke dalam golongan mereka yang segera mendapat simpati dari-Mu. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Ynag Maha Berkuasa, apabila hendak  menjadikan sesuatu, Engkau Cuma berkata “jadilah” nescaya benda itu terus jadi.


Maha Suci Allah, Tuhan yang berkuasa ke atas segala-galanya. Kepada-Nya lah jua semua kejadian akan kembali. Maha Suci Allah, Tuhan yang berkuasa menghilangkan segala kekusutan jiwa. Maha Suci Allah, Tuahan yang berkuasa menyelamatkan hamba-Nya daipada bebanan hutang. Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak yang boleh mencipta sesuatu yang dikehendaki-Nya dengan sekelip mata.


Wahai Tuhan yang berkuasa menghilangkan segala keresahan jiwa, hilangkanlah segala keresahan jiwa kami dan hilangkanlan segala perasaan gundah-gulana dari jiwa kami. Engkaulah Tuhan yang hidup Maha Gagah Perkasa, Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah. Cucurilah rahmat ke atas junjungan kami nabi Muhammad dank e atas sekalian keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Ameen ya Robbal ‘alamin.

Advertisements

7 thoughts on “Fahamkan ke tidak?

  1. Salam

    Majlis bacaan Yasin ana kat sini tak baca doa kat atas sebab panjang dan tak faham, hoho.

    Tapi, agak lama jugalah cari maksud bacaan doa di buku yaasin ini. JazakALlahhukhaer

  2. wasalam.
    tu la, kat sini selalu baca doa tu, dari kat malaysia lg xpenah nak faham doa tu.

    tergerak nak cari maksud, n bleh guna masa yasin nnt. insyaallah.

  3. Salam ziarah ^_^

    Amalkan bacaan yaasin dipermulaan hari, insyaAllah akan akn permudahkan segala urusan pada hari tersebut. Reciting it wont take lot of time anyhow 🙂

    Moga kita sama2 dapat jadikannya amalan harian. Sesuatu amalan yang dilakukan walaupon sedikit tetapi istiqamah lebih disukai daripada amalan yang byk tetapi jarang diamalkan.

    Wallahualam
    (^_^)v

  4. Lupa plk, JZKK atas perkongsian yang berilmu ini. Bacaan doa tanpa ketahui mksdnya agak merugikan. Jika diketahui mksdnya, mungkin khusyuk dan tawajuh kita lebih lagi. ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s