Kerana ini jalan ke syurga

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Jalan (perjuangan) ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, tetapi ianya dibentangkan dengan onak dan duri. Ingatlah, kita adalah salah satu mata rantai daripada rantaian dakwah yang panjang. Bukanlah kita yang memulakan, juga bukan kita yang menamatkan perjuangan ini. Kalau kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita pendek dan singkat. Tapi kalau kita hidup kerana perjuangan, hidup kita penuh makna dan panjang.

Assalamualaikum warahmatullah.

Semoga Allah memudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, mereka yang disekeliling kita dan para pejuang kebenaran. amin.

sahabat  yang dikasihi,

Jalan (perjuangan) ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, tetapi ianya dibentangkan dengan onak dan duri. Ingatlah, kita adalah salah satu mata rantai daripada rantaian dakwah yang panjang. Bukanlah kita yang memulakan, juga bukan kita yang menamatkan perjuangan ini. Kalau kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita pendek dan singkat. Tapi kalau kita hidup kerana perjuangan, hidup kita penuh makna dan panjang.

Tertarik dengan nasihat dari seorang sahabat yang hebat, “Sebagaimana Allah mampu menukar cuaca sekelip mata, Allah juga boleh menukarkan umat Islam kepada kemenangan tanpa perlu kita bersusah payah. Tetapi apalah kiranya kemenangan Islam tanpa kita menyertai dan berusaha di dalamnya. Sesungguhnya Allah ingin kita merasai nikmat kemanisan kemenangan atas usaha tangan kita sendiri.

Benar sekali. Allah mampu memberikan kemenangan kepada Islam tanpa usaha kita sekalipun. Kemenangan itu PASTI di pihak Islam. Cuma layakkah kita hari ini untuk menerima kemenangan tersebut?

Saya kongsikan satu cerita pada zaman Nabi saw.

Pada suatu hari,  Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Ra telah datang bertemu dan mengadu kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw pada waktu itu sedang berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka beliau bertanya kepada Nabi saw :  “Wahai Rasulullah, apakah tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tuan tidak berdoa bagi pihak kita?Lalu berkata Rasulullah saw : “Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian perkara itu tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, nescaya Allah menyempurnakan urusan agama ini(Islam) sehingga musafir dari sana’a ke Hadrat Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh.” [riwayat Imam Bukhari]

sahabat  yang dirahmati Allah,

Yang bertanya ialah khabbab al Arat, yang disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas sehingga masak dan luluh daging jasadnya.Yang bertanya ialah insan yang berjuang, malah menghadapi penyeksaan yang dahsyat dari musuh. Yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan prinsip agama. Yang bertanya ialah sahabat yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan. Tiba-tiba Nabi saw membalas bahawa orang yang terdahulu lebih teruk ujian dan penyeksaannya. Maka kamu datang meminta-minta agar di doakan kemenangan, walaulaupun kamu dizalimi dan diseksa oleh musuh, kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah swt.

Inilah sunnatullah dalam berjuang. Menjadi lumrah, kebenaran akan sentiasa bertarung dengan kebathilan. Nabi Adam as ditentang oleh iblis laknatullah. Nabi Nuh as ditentang kaumnya bahkan anak juga isterinya. Nabi Ibrahim as di tentang Raja Namrud dan kaumnya. Nabi Musa as ditentang Firaun, Haman, Qarun. Nabi Muhammad saw ditentang kaum keluarganya dan musyrikin Mekah.

Bukan sahaja para nabi dan rasul diuji.  Sesiapa sahaja yang membawa panji kebenaran pasti akan diuji. Lihat bagaimana sahabat-sahabat Nabi saw. Ada yang dibunuh, ada yang dipukul, ada yang disula, ada yang dipotong-potong anggota badan mereka. Begitu juga zaman selepas itu, Imam Abu Hanifah ditangkap dan diseksa. Imam Syafie ditangkap. Imam Ahmad bin Hambal ditangkap, dipukul dan diseksa. Ramai lagi para pejuang kebenaran, alim ulama’, para pendakwah ditangkap, dipenjara dan diseksa termasuklah Imam Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.

Tidak terhenti sampai di situ. Di negara kita sendiri kita boleh nilai dan lihat sendiri. Para pejuang kemerdekaan (lebih tepat lagi pejuang kebenaran) seperti Hj Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, para alim ulama’ dari dulu sehingga ke hari ini yang sentiasa diuji, difitnah, dihina dan dicaci, hanya kerana mereka membawa panji Islam yang sebenarnya.

Kenapa? Kerana ini jalan ke SYURGA.

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Bagaimana kita hari ini? Kita terkinja-kinja akan kemenangan dalam gerak kerja kita. Tapi bila ‘dicuit dan dicubit’ sedikit, cepat kita mengeluh dan berundur. Bila seruan kita tidak diterima, merajuk kita membawa diri. Kita hanya mahu bekerja jika ianya memudahkan kita. Kita mahu berjuang dalam keadaan yang selesa. Kita mahu menjadi pejuang yang sentiasa diterima tanpa sebarang hina dan cela. Kita berjuang dalam keadaan ‘menggoyangkan kaki’.

Sahabat  yang dikasihi,

Insyaallah!!

Kita bukan pejuang yang manja. Kita tidak terkesan dengan pujian mahu pun celaan. Kita disini kerana prinsip yang jelas dan benar. Kalau kita berada dalam perjuangan ilmu, maka berjuanglah bersungguh-sungguh. Kalau kita berada dalam perjuangan amal maaruf nahi munkar, maka berjuanglah bersungguh-sungguh. Kalau kita berjuang dengan apa sekalipun , maka berjuanglah bersungguh-sungguh. Ya, kejayaan dan kemenangan yang kita mahu, tanpa kita lupa redha Allah yang kita tuju.

wallahu alam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s