Pengakhiran itu permulaan perjalanan

Husnul khotimah, pengakhiran yang baik memberi signal awal kepada kita tentang kebahagiaan kehidupan di HARI KEMUDIAN. Wawasan kita bukannya wawasan dunia. Wawasan kita adalah wawasan akhirat. [Insyaallah] Permulaan kehidupan akhirat baik sekiranya pengakhiran kehidupan dunia kita baik. Tapi, adakah kita yakin sekarang kita menuju kepada pengakhiran yang baik? Bolehkah kita jamin, walaupun tanpa permulaan yang baik,  pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik?

————————————————————————————————————————

Assalamualaikum warahmatullah.

Syukur hanya pada Allah swt.

Antara husnul qadimah (permulaan yang baik) dan husnul khotimah (pengakhiran yang baik), anda pilih yang mana?

Husnul qadimah, permulaan yang baik memberi keyakinan kepada kita untuk terus bergerak ke hadapan. Permulaan yang baik menjadi momentum untuk kita tingkatkan prestasi kebaikan kehidupan kita. Tapi permulaan yang baik, tidak memberi jaminan, sama ada pengakhiran kita juga pengakhiran yang baik.

Kerana ini kuasa Allah, Tuhan yang Maha Merancang. Kita hanya hamba, tidak mampu dan tidak layak kita menentukan.

Husnul khotimah, pengakhiran yang baik memberi signal awal kepada kita tentang kebahagiaan kehidupan di HARI KEMUDIAN. Wawasan kita bukannya wawasan dunia. Wawasan kita adalah wawasan akhirat. [Insyaallah] Permulaan kehidupan akhirat baik sekiranya pengakhiran kehidupan dunia kita baik. Tapi, adakah kita yakin sekarang kita menuju kepada pengakhiran yang baik? Bolehkah kita jamin, walaupun tanpa permulaan yang baik,  pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik?

Kita tahu, permulaan yang baik tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang baik. Permulaan yang buruk tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang buruk. Jadi, mengapa tidak kita pilih keduanya. Husnul qadimah dan husnul khotimah.

Antara permulaan dan pengakhiran itu ada jalan yang perlu kita lalui. Perjalanan itulah yang perlu kita urus dan jaga. Permulaan yang baik memandu kita untuk berada di atas jalan yang baik. Apabila kita berada di atas jalan yang benar dan baik, pasti kita akan sentiasa mengharap dan menuju kepada pengakhiran yang baik.

Kita pernah dengar kisah seorang yang alim tetapi akhirnya tewas dengan hasutan syaitan. Dia minum arak, berzina dan membunuh. Kita juga pernah dengar kisah seorang pelacur yang diampunkan Allah akan segala dosanya hanya kerana dia memberikan air kepada seekor anjing.

Kisah diatas mengajar kita, Allah mengangkat darjat seseorang hambanya bukanlah bergantung kepada permulaan yang baik dalam kehidupannya, tetapi kebaikan yang dilakukan semasa perjalanan kehidupannya.

Jika anda telah melalui permulaan yang baik , teruskanlah momentum permulaan yang baik itu, walaupun di mana sahaja anda berada. Teruslah beristiqamah. Perjuangan Islam bukan perjuangan yang terbatas di mana-mana, tidak terbatas hanya ketika belajar, tidak terbatas hanya ketika sebelum berumah tangga, tidak terbatas hanya ketika kita menjadi AJK persatuan agama, tidak terbatas selagi kita di dunia. Kita berhenti rehat hanya selepas ruh kita berpisah dengan jasad.

Marilah kita cari permulaan yang baik dengan bersama perjuangan Islam. Kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana. Kalaulah permulaan yang baik pun belum menjamin pengakhiran yang baik, apatah lagi permulaan yang buruk. Perjalanan yang perlu kita jaga dan urus ini penuh dengan mehnah dan tribulasi. Hiasilah perjalanan kita di sini dengan amal islami – amal fardhi, ijtimaie dan jamaie.

Ayuh kita ikhlaskan hati kerana Allah, kita memohon taubat kepada Allah, kita kuatkan ukhwah antara kita, kita tingkatkan kefahaman akidah dan perjuangan kita.

Ayuh kita sahut seruan ayat di bawah

….dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa …

[al-maidah:2]

Wallahu alam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s