Sudahkah kita tunaikan amanah-Nya


“Sesungguhnya telah kami kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara perkara yang tidak patut dikerjakan” [Al-ahzab:72]


Assalamualaikum warahmatullah.

“Sesungguhnya telah kami kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara perkara yang tidak patut dikerjakan” [Al-ahzab:72]

Amanah adalah ketaatan yang membawa kepada 2 perkara iaitu sama ada pahala mahu pun dosa.

Amanah adalah kewajipan –kewajipan yang ditawarkan Allah swt kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Jika mereka melaksanakannya, Allah akan membalas mereka. Jika mereka mengabaikannya nescaya Allah akan menyeksa mereka. Mereka menolaknya kerana tidak sanggup untuk memikul beban amanah yang terlalu besar dan berat.

Tapi manusia menerimanya atas kelemahan, kebodohan dan kezaliman diri manusia kecuali mereka yang diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah swt. [1]

Barisan pemuda/i yang beriman,

Ilmu kita adalah amanah. Diri kita sendiri adalah amanah. Harta kita adalah amanah. Jawatan kita adalah amanah. Setiap inci dalam kehidupan kita adalah amanah.

Amanah adalah salah satu dari manifestasi keimanan.

Imam al-Qurthubi menyebut amanah itu bermaksud agama.

Kalau kita menjaga amanah Allah, sudah pasti Allah akan menjaga iman kita.

Amanah yang ditaklifkan (dipikulkan/dibebankan) atas diri kita terlalu berat. Bertambah berat kalau dipikul oleh kita seorang diri.

Agama bukan untuk disimpan, walhal adalah untuk disampaikan.

Imam Al-Ghazali menyebut perkara yang paling berat adalah memegang amanah. Langit, bumi gunung ganang semuanya tidak mampu memikul beban amanah, tetapi manusia dengan sombong berebut-rebut menyanggupinya. Astagfirullah al-‘adzim.

Sahabat  1akidah yang disayangi,

Amanah agama  ini perlu dilaksanakan. Persiapkan diri kita dengan hubungan yang sangat rapat dengan Tuhan yang memberi amanah- Allah azza wa jalla. Rapatkan saf ukhwah dan kasih sayang sesama kita, agar tidak muncul kudis dan nanah yang boleh merosakkan hubungan sesama kita. Tingkatkan kefahaman dan ilmu kita berkaitan agama yang kita cintai. Gunakan seluruh tenaga, kepakaran dan idea yang kita ada dan miliki untuk memenangkan agama yang kita cintai.

“Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan salah satu jihad yang utama.” Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi [2]

Wahai pencinta agama Allah,

Benar sekali  amanah ini berat. Tapi bukan untuk  kita lari.

Benar sekali amanah ini susah. Tapi bukan untuk kita menjauhkan diri.

Yakinlah kita dengan janji Nabi SAW

“Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan.” [RW Bukhari]

Teruslah bersama jalan mereka yang bersungguh –sungguh dalam agama Allah. Hakikatnya terlalu sedikit orang yang bersama mereka dalam jalan ini. Kerana jalan ini jalan yang susah dan panjang.

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh sekali terasa oleh mereka..” [at-taubah:42]

Anda yang memilih.

Wallahu alam.

[1] Tafsir Ibn Kathir Jilid 7

[2] Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s