Keimanan saya terhadap Islam mestilah mencapai peringkat mengimani bahawa masa depan yang gemilang adalah untuk Islam. Justeru Islamlah yang paling layak dan mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Islam satu-satunya cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia. Ia dapat mengimbangi tuntutan lahiriah dan rohaniah insan.
“Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Dia maha halus urusan pentadbiranNya, lagi maha mendalam pengetahuanNya” [al-mulk:14]
(Apa Ertinya Saya Menganut Islam : Fathi Yakan)
Assalamu ‘alaikum warahmatullah
Apa khabar semua? Bagaimana meter iman kita hari ini? Bagaimana prestasi amal kita hari ini? Sudahkah kita luruskan niat kita hari ini?
Marilah kita jadi manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain. Kebaikan itu sumber kekuatan kita untuk meraih rahmat Allah swt.
Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Pernah dengar kisah 2 ekor kupu-kupu? Seekor kupu-kupu (kupu-kupu A) terbang ke taman seperti biasa, terbang berkeliaran. Seekor kupu-kupu (kupu-kupu B) lagi terbang ke taman juga, tapi caranya luar biasa. Kupu-kupu B terbangnya hanya ‘setempat’ dan kupu-kupu B yang lebih laju berbanding kupu-kupu A. Pelik?
Rupanya, kupu-kupu B terbang di dalam kereta.
Bagaimana kupu-kupu B lebih laju daripada kupu-kupu A sedangkan “mereka berdua” dari jenis yang sama, makan makanan yang sama, rutin harian yang sama, bentuk juga sama, sukar mencari perbezaan diantara kedua kupu-kupu itu. Jenis yang sama, tapi prestasi yang sangat berbeza.
Jawapannya, sahabat semua tahu. Kupu-kupu B “berpaut” pada kereta sedangkan kupu-kupu A tidak. Kereta melajukan kupu-kupu B, meningkatkan prestasi kupu-kupu B.
Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Manusia itu bagaimana? Marilah kita jadi manusia yang luar biasa prestasinya. Caranya? Berpautlah kepada Islam. Islam itu seperti kereta yang melajukan kupu-kupu B. Kereta yang membezakan prestasi antara kupu-kupu A dan kupu-kupu B.
Berpaut pada sistem yang hebat, maka diri kita akan jadi hebat. Berpaut kepada sistem yang sifatnya kekal, maka kehidupan kita akan kekal biarpun jasad kita dimatikan. Berpaut kepada sistem Tuhan (Islam), maka tempat kita pasti di ‘sebelah’ Tuhan.
Maka berpautlah pada Islam. Islam jangan berseorang diri, berpautlah pada Islam bersama-sama (berjemaah). Disini, kita meyakini untuk bersama IPIJ, Insya-Allah.
Wallahua’lam.