Infiru Khifafan wa Thiqalan

Alhamdulillah. Allah masih beri pada kita nikmat Islam dan Iman, nikmat yang besar. Kalaulah nikmat Islam itu suatu nikmat yang besar, maka nikmat memperjuangkan Islam itu terlebih besar. Mudah-mudahan kita menjadi hamba Tuhan yang berfikir.

Sangat mudah bagi Allah untuk memberi kemenangan kepada Islam. “Kun Fayakun”. Jadi mengapa sekarang ini kita perlu melakukan amal islami sedang Allah tidak memerlukan kepada manusia? Kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk mendapatkan pahala. 

Semua sedia maklum, syurga itu terlalu mahal harganya, oleh itu kita kena “bekerja keras” untuk mendapatkan “gaji yang dijanji”. Kerana kita hidup bukan untuk dunia yang sifatnya sementara, kita inginkan syurga yang nikmatnya kekal selamanya.

Bila melakukan kerja-kerja agama, yang perlu kita buat adalah USAHA. Natijah atau keputusannya bukan letak pada kita untuk menentukannya. Usaha yang KECIL dengan niat yang ikhlas, balasannya pasti sangat BESAR disisi Allah swt. Walaupun usaha kecil kita itu gagal dimata manusia.

Jangan sia-siakan amalan kita dengan niat yang salah. Jangan cacatkan perjuangan agama kita dengan niat yang salah. Jangan rosakkan hubungan sesama kita dek kerana niat yang salah.

“Manusia pertama yang dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah sambil dia sendiri mengetahui nikmat yang telah diterimanya. Allah bertanya kepadanya [Apakah amal kamu?] Jawabnya [Aku berperang untukMu sehingga aku mati syahid.] Allah berkata kepadanya [Engkau berbohong! Engkau berperang agar manusia mengatakan engkau gagah,berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki.] Lalu orang itu dilempar masuk ke dalam neraka.

Kemudian diadili pula ulama’ (orang yang berilmu, yang mengajar ilmu dan membaca al-quran), orang ini dibawa ke pengadilan Tuhan di hari kiamat sambil dia mengetahui nikmat yang telah diterimanya. Allah bertanya kepadanya [Apakah amal kamu?] Jawabnya [Aku menuntut ilmu dan mengajarnya dan membaca al-quran kerana Mu.] Allah berkata kepadanya [Engkau berbohong! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan orang engkau seorang yang alim, engkau membaca al-quran supaya dikatakan engkau seorang qori.] Lalu orang itu juga dilempar ke dalam neraka.

Kemudian diadili pula seorang yang telah diluaskan rezekinya oleh Allah dengan pelbagai kekayaan dan harta benda, sambil dia mengetahui nikmat yang telah diterimanya. Allah bertanya kepadanya [Apakah amal kamu?] Jawabnya [Aku telah membelanjakan hartaku ke jalan yang Engkau redhai.] Allah berkata kepadanya [Engkau berbohong! Engkau berbuat demikian kerana mahu disebut sebagai seorang yang dermawan dan pemurah.] Lalu orang itu dilempar masuk ke dalam neraka.” (HR Muslim)

Niat yang benar, menjadikan kita kuat. Dakwah tidak diterima, program tidak mendapat sambutan, aktiviti tidak mendatangkan hasil, sentiasa penat, masa bermain menjadi kurang, masa belajar menjadi pendek, diasingkan, dikutuk, diugut, dll —- semua kesusahan ini, ubatnya NIAT YANG BERSIH.

Niat yang bersih menyelamatkan kita dari mudah merajuk, mengeluh, berkecil hati.

Justeru, bangkitlah wahai sahabat! Luruskan niat, jadilah penyelamat umat. Itu caranya untuk berbahagia dunia dan akhirat.

ٱنفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً

Pergilah berjuang dalam keadaan ringan mahupun berat. [at-taubah:41]

Advertisements

5 thoughts on “Infiru Khifafan wa Thiqalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s