Mahalnya sebuah Hijrah

Assalamualaikum warahmatullah.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له واشهد أن محمدا عبده ورسوله

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri dan kejelekan amal-amal kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah sesatkan maka tidak ada yang dapat memberi hidayah kepadanya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad s.a.w itu hamba dan utusan Allah.

1433H seharusnya menjadikan kita lebih matang. Matang dalam berfikir, matang dalam beramal dan matang dalam menjadi seorang Muslim yang sebenarnya. Perubahan akan sentiasa berlaku dalam kehidupan hidup manusia. Kerana manusia itu pasti inginkan yang terbaik untuk dirinya. Maka bagi seorang Muslim, dia pasti inginkan yang paling baik untuk dirinya, bukan terbatas di dunia sahaja tetapi terbaik di akhirat. Bahkan meletakkan kebaikan akhirat melebihi segalanya.

Marilah kita berHIJRAH menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

Janganlah kita nilai harga sebuah HIJRAH itu pada luarannya sahaja. Jika manusia yang kita letak sebagai hakimnya, sudah pasti luaran yang akan kita utamakan kerana terbatasnya diri manusia untuk tahu melainkan yang luaran sahaja. Tetapi jika kita menjadikan Allah sebagai hakimnya, HIJRAH spiritual yang akan kita utamakan tanpa mengabaikan HIJRAH fizikal. Allah itu maha hebat maha mengetahui apa yang kita zahirkan dan apa yang kita sembunyikan.

Marilah kita berHIJRAH menjadi seorang hamba Tuhan yang lebih baik.

Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w mengajar kepada kita 1001 hikmah yang wajar kita cari gali dan fahami. Ibrah dari segi persediaan HIJRAHnya, ibrah dari segi pelaksanaan HIJRAHnya dan ibrah selepas dari HIJRAHnya. Lihatlah betapa sangat patuh dan taatnya para sahabat-sahabat Nabi s.a.w kepada perintah Allah dan Nabi s.a.w. Sehingga Allah mengangkat mereka menjadi golongan yang sangat di dunia akhirat, dimuliakan penduduk bumi dan penghuni langit. Kuncinya kerana patuh akan perintah Allah tanpa sebarang keraguan, baik dalam perkara kecil sehingga kepada perkara besar, baik dalam urusan sendiri sehingga kepada urusan ummat.

Kerana mahalnya sebuah HIJRAH.

Dan sesiapa yang berHIJRAH pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHIJRAH yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHIJRAH kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala HIJRAHnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [an-nisa’:100]

Mulai HIJRAH kita dengan taubat kepada Allah, peliharanya dengan amal soleh. Suburkan nilai HIJRAH kita dengan menyatukan diri kita dengan kebaikan. Sertai program yang menjaga amal dan meningkatkan iman, dengar perkara yang menjaga amal dan meningkatkan iman, lihat perkara yang menjaga amal dan meningkatkan iman, bercakap perkara yang menjaga amal dan meningkatkan iman.

Jangan kita sia-siakan HIJRAH yang kita pilih hari ini.

Semoga Allah akan menerima segala amal kita. Semoga Allah akan mengampuni dosa-dosa kita. Semoga Allah akan menunjukkan kepada diri kita jalan yang lurus dan beri kekuatan kepada diri kita untuk mengikut jalan yang lurus itu.

Salam Maal Hijrah 1433H.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s