Hebatnya, tapi sayang hanya kata-kata

A : Aku rasa para daie hari ni kena buat camni, camtu, bla..bla..bla..

B : Sepatutnya kena bykkan program yg lebih mesra pemuda. Ni program yg skema, rigid. Maner la org nk join.

C : Dakwah ni kena byk sabar, arini ramai org yg berdakwah tp ikut perasaan. Baru kena kutuk sket dah melenting.

D : Kalau begini caranya perjuangkan Islam, smpai bile2 pun takkan berjaya.

E : Rosaklah Islam kalau ade pemimpin macam ni.

 

Macam-macam. Komentar-komentar hebat para “dai’e online”.

 

^_^ : Jom join usrah hujung minggu ni?

A,B,C,D,E : errrr, sori la, aku busy. Len kali la ye.

^_^ : Jom jadi ajk utk kem ibadah next week?

A,B,C,D,E : errr, sori la, aku tak sedia lagi la. Len kali la ye

^_^ : Minggu depan ade ceramah kat masjid, jom la, ajak membe2 len.

A,B,C,D,E : errr, kalau aku tak busy aku ajak. Join ke tak aku tak bleh janji la.

^_^ : Jom g daftar utk jadi pengundi nak?

A,B,C,D,E : Malas la, kalau tgk politik sekarang ni, mmg tak berkenan aku.

 

Alasan, alasan, alasan dan alasan kita terus beri.

 

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.  Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  [an-nisa’:95~96]

 

Hebatnya,

bila berkata-kata,

Diajak turun padang,

merasai suasana dakwah,

Diam seribu bahasa.

 

Bangkit wahai anak muda!!!

Advertisements

Solat awal waktu

Assalamualaikum warahmatullah.

Anda sayang kepada ibubapa anda? Apa yang anda boleh buat untuk balas segala kebaikan mereka kepada diri anda?

DOA. Doakan keampunan dan kebaikan bagi mereka. Bila-bila masa anda boleh berdoa, dimana-mana anda boleh berdoa (kecuali tempat2 tertentu), tidak kisah dalam bahasa apa sekali pun.

Antara masa mustajab (peluang tinggi untuk doa diterima Allah) berdoa adalah :

Sebelum solat (antara azan dan iqamah)

Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah” (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

Semasa solat (ketika sujud)

Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana waktu itu sangat tepat untuk dimakbulkan”  (Saahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48)

Selepas solat fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah swt, baginda s.a.w menjawab. “Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu” (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

Kalau hal SOLAT pun kita ambil culas, buat last minute ギリギリセーフtanpa sebab, masihkah ada lagi mustajab yang boleh kita harapkan dek kerana kemalasan diri sendiri?

Adakah itu tanda kita bersungguh-sungguh sayangkan ibubapa kita? Jika benar kita bersungguh, kita akan cuba sebolehnya untuk menggunakan masa mustajab itu sebaiknya. Pelihara kualiti solat, salah satu tanda sayang kepada ibubapa kita.

Jom solat di awal waktu!!! (Jangan lupa berdoa sekali) ^^

Maklumat lanjut di http://winter.ipij.info/

::Tammat::

Peliknya kita

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni kita baca buku sejarah,

Hebatnya perjuangan Nabi s.a.w,

susah payah, pahit getir menyampaikan risalah Islam,

bahaya dimana-mana, diancam setiap masa,

Tetapi pelik, kenapa tidak ramai yang menerima.

Kita baca buku sejarah,

Hebatnya para sahabat,

Kesungguhan meneruskan apa yang dibawa Nabi s.a.w,

Biarlah seluruh dunia mencaci, membenci,

Asalkan tidak lari dari perintah Allah dan ajaran Nabi,

Tetapi pelik, kenapa ramai yang menentang.

Kita baca buku sejarah,

Hebatnya pejuang kemerdekaan, mereka berkorban jiwa dan raga.

Menyelamatkan agama dan negara,

Tetapi pelik, kenapa tidak semua bersama mereka.


Kita sudah tahu hujung pangkal cerita mereka, maka kita merasa pelik.

Kenapa ada yang tidak mahu bersama-sama, sedangkan yang dibawa, yang diperjuangkan,

Suatu perkara untuk keselesaan dunia dan akhirat.

Jangan pula di masa akan datang,

Anak cucu kita membaca buku sejarah,

Kenapa la atok/opah tak bersama-sama dengan alim ulama, memperjuangkan agama?

Pelik anak cucu kita, sebagaimana peliknya kita lihat mereka yang tidak menerima Nabi s.a.w, menentang para sahabat, tidak bersama pejuang-pejuang agama Allah.

wallahua’lam