Hebatnya, tapi sayang hanya kata-kata

A : Aku rasa para daie hari ni kena buat camni, camtu, bla..bla..bla..

B : Sepatutnya kena bykkan program yg lebih mesra pemuda. Ni program yg skema, rigid. Maner la org nk join.

C : Dakwah ni kena byk sabar, arini ramai org yg berdakwah tp ikut perasaan. Baru kena kutuk sket dah melenting.

D : Kalau begini caranya perjuangkan Islam, smpai bile2 pun takkan berjaya.

E : Rosaklah Islam kalau ade pemimpin macam ni.

 

Macam-macam. Komentar-komentar hebat para “dai’e online”.

 

^_^ : Jom join usrah hujung minggu ni?

A,B,C,D,E : errrr, sori la, aku busy. Len kali la ye.

^_^ : Jom jadi ajk utk kem ibadah next week?

A,B,C,D,E : errr, sori la, aku tak sedia lagi la. Len kali la ye

^_^ : Minggu depan ade ceramah kat masjid, jom la, ajak membe2 len.

A,B,C,D,E : errr, kalau aku tak busy aku ajak. Join ke tak aku tak bleh janji la.

^_^ : Jom g daftar utk jadi pengundi nak?

A,B,C,D,E : Malas la, kalau tgk politik sekarang ni, mmg tak berkenan aku.

 

Alasan, alasan, alasan dan alasan kita terus beri.

 

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.  Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  [an-nisa’:95~96]

 

Hebatnya,

bila berkata-kata,

Diajak turun padang,

merasai suasana dakwah,

Diam seribu bahasa.

 

Bangkit wahai anak muda!!!

Peliknya kita

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni kita baca buku sejarah,

Hebatnya perjuangan Nabi s.a.w,

susah payah, pahit getir menyampaikan risalah Islam,

bahaya dimana-mana, diancam setiap masa,

Tetapi pelik, kenapa tidak ramai yang menerima.

Kita baca buku sejarah,

Hebatnya para sahabat,

Kesungguhan meneruskan apa yang dibawa Nabi s.a.w,

Biarlah seluruh dunia mencaci, membenci,

Asalkan tidak lari dari perintah Allah dan ajaran Nabi,

Tetapi pelik, kenapa ramai yang menentang.

Kita baca buku sejarah,

Hebatnya pejuang kemerdekaan, mereka berkorban jiwa dan raga.

Menyelamatkan agama dan negara,

Tetapi pelik, kenapa tidak semua bersama mereka.


Kita sudah tahu hujung pangkal cerita mereka, maka kita merasa pelik.

Kenapa ada yang tidak mahu bersama-sama, sedangkan yang dibawa, yang diperjuangkan,

Suatu perkara untuk keselesaan dunia dan akhirat.

Jangan pula di masa akan datang,

Anak cucu kita membaca buku sejarah,

Kenapa la atok/opah tak bersama-sama dengan alim ulama, memperjuangkan agama?

Pelik anak cucu kita, sebagaimana peliknya kita lihat mereka yang tidak menerima Nabi s.a.w, menentang para sahabat, tidak bersama pejuang-pejuang agama Allah.

wallahua’lam

Aku janji

Aku janji

Dengan ini demi menjamin masa depan yang lebih bahagia dan diredhai, maka dengan izin dari Allah Robbal ‘Alamin aku berjanji akan bersungguh-sungguh untuk :

1)      Ikhlas beribadah kepada Allah swt.

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [al-an’am:162]

2)      Memohon hanya kepada Allah swt. Continue reading

Semoga terus thabat

Assalamualaikum warahmatullah

Jalan dakwah adalah jalan yang mulia dan mahal. Jalan dakwah adalah jalan menuju syurga dan jalan diredhai Allah. Ianya jalan yang lurus. Jalan yang ada ketenangan dan kesejahteraan.

Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan lain lalu kamu dicerai-beraikan dari jalan-Nya, demikianlah Allah mewasiatkan kepada kamu agar kamu bertaqwa” [6:153]

Jalan dakwah adalah jalan yang jauh dan panjang. Jalan yang penuh onak dan duri. Jalan yang penuh dengan mehnah (ujian) dan tribulasi(kesusahan). Jalan yang sentiasa akan diuji. Jalan yang sentiasa akan ditentang, kerana hak dan batil itu sentiasa bertentangan sehingga akhirnya.

Continue reading

Jangan lena – sikap da’i

Assalamualaikum warahmatullah.

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam” [Fussilat: 33]

Barangsiapa yang menyeru kepada petunjuk(kebaikan) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya. Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barangsiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya. Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” [Rw Muslim]

Continue reading