Solat awal waktu

Assalamualaikum warahmatullah.

Anda sayang kepada ibubapa anda? Apa yang anda boleh buat untuk balas segala kebaikan mereka kepada diri anda?

DOA. Doakan keampunan dan kebaikan bagi mereka. Bila-bila masa anda boleh berdoa, dimana-mana anda boleh berdoa (kecuali tempat2 tertentu), tidak kisah dalam bahasa apa sekali pun.

Antara masa mustajab (peluang tinggi untuk doa diterima Allah) berdoa adalah :

Sebelum solat (antara azan dan iqamah)

Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah” (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

Semasa solat (ketika sujud)

Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana waktu itu sangat tepat untuk dimakbulkan”  (Saahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48)

Selepas solat fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah swt, baginda s.a.w menjawab. “Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu” (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

Kalau hal SOLAT pun kita ambil culas, buat last minute ギリギリセーフtanpa sebab, masihkah ada lagi mustajab yang boleh kita harapkan dek kerana kemalasan diri sendiri?

Adakah itu tanda kita bersungguh-sungguh sayangkan ibubapa kita? Jika benar kita bersungguh, kita akan cuba sebolehnya untuk menggunakan masa mustajab itu sebaiknya. Pelihara kualiti solat, salah satu tanda sayang kepada ibubapa kita.

Jom solat di awal waktu!!! (Jangan lupa berdoa sekali) ^^

Maklumat lanjut di http://winter.ipij.info/

::Tammat::