Peliknya kita

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni kita baca buku sejarah,

Hebatnya perjuangan Nabi s.a.w,

susah payah, pahit getir menyampaikan risalah Islam,

bahaya dimana-mana, diancam setiap masa,

Tetapi pelik, kenapa tidak ramai yang menerima.

Kita baca buku sejarah,

Hebatnya para sahabat,

Kesungguhan meneruskan apa yang dibawa Nabi s.a.w,

Biarlah seluruh dunia mencaci, membenci,

Asalkan tidak lari dari perintah Allah dan ajaran Nabi,

Tetapi pelik, kenapa ramai yang menentang.

Kita baca buku sejarah,

Hebatnya pejuang kemerdekaan, mereka berkorban jiwa dan raga.

Menyelamatkan agama dan negara,

Tetapi pelik, kenapa tidak semua bersama mereka.


Kita sudah tahu hujung pangkal cerita mereka, maka kita merasa pelik.

Kenapa ada yang tidak mahu bersama-sama, sedangkan yang dibawa, yang diperjuangkan,

Suatu perkara untuk keselesaan dunia dan akhirat.

Jangan pula di masa akan datang,

Anak cucu kita membaca buku sejarah,

Kenapa la atok/opah tak bersama-sama dengan alim ulama, memperjuangkan agama?

Pelik anak cucu kita, sebagaimana peliknya kita lihat mereka yang tidak menerima Nabi s.a.w, menentang para sahabat, tidak bersama pejuang-pejuang agama Allah.

wallahua’lam

Advertisements

Aku janji

Aku janji

Dengan ini demi menjamin masa depan yang lebih bahagia dan diredhai, maka dengan izin dari Allah Robbal ‘Alamin aku berjanji akan bersungguh-sungguh untuk :

1)      Ikhlas beribadah kepada Allah swt.

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [al-an’am:162]

2)      Memohon hanya kepada Allah swt. Continue reading

wawasan kita

Assalamualaikum warahmatullah.

Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘adzim.

*************************************************************************************

Saat kita menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Jepun, kita seronok. Gembira dan teruja, tidak sabar menunggu masa untuk belajar di sana. Kita mula membayangkan kehidupan kita di Jepun nanti. Bermacam-macam perkara indah yang kita fikirkan bilamana berada disana kelak.

Kita kongsikan berita ini kepada semua orang. Yelah, kerana ini berita yang menggembirakan dan membanggakan. Walaupun yang akan pergi ke Jepun hanya kita, riuh satu kampung kita khabarkan.

Continue reading

Pengakhiran itu permulaan perjalanan

Husnul khotimah, pengakhiran yang baik memberi signal awal kepada kita tentang kebahagiaan kehidupan di HARI KEMUDIAN. Wawasan kita bukannya wawasan dunia. Wawasan kita adalah wawasan akhirat. [Insyaallah] Permulaan kehidupan akhirat baik sekiranya pengakhiran kehidupan dunia kita baik. Tapi, adakah kita yakin sekarang kita menuju kepada pengakhiran yang baik? Bolehkah kita jamin, walaupun tanpa permulaan yang baik,  pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik?

————————————————————————————————————————

Continue reading

Layang-layang Bertali

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah.)”

Continue reading