Hebatnya, tapi sayang hanya kata-kata

A : Aku rasa para daie hari ni kena buat camni, camtu, bla..bla..bla..

B : Sepatutnya kena bykkan program yg lebih mesra pemuda. Ni program yg skema, rigid. Maner la org nk join.

C : Dakwah ni kena byk sabar, arini ramai org yg berdakwah tp ikut perasaan. Baru kena kutuk sket dah melenting.

D : Kalau begini caranya perjuangkan Islam, smpai bile2 pun takkan berjaya.

E : Rosaklah Islam kalau ade pemimpin macam ni.

 

Macam-macam. Komentar-komentar hebat para “dai’e online”.

 

^_^ : Jom join usrah hujung minggu ni?

A,B,C,D,E : errrr, sori la, aku busy. Len kali la ye.

^_^ : Jom jadi ajk utk kem ibadah next week?

A,B,C,D,E : errr, sori la, aku tak sedia lagi la. Len kali la ye

^_^ : Minggu depan ade ceramah kat masjid, jom la, ajak membe2 len.

A,B,C,D,E : errr, kalau aku tak busy aku ajak. Join ke tak aku tak bleh janji la.

^_^ : Jom g daftar utk jadi pengundi nak?

A,B,C,D,E : Malas la, kalau tgk politik sekarang ni, mmg tak berkenan aku.

 

Alasan, alasan, alasan dan alasan kita terus beri.

 

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.  Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  [an-nisa’:95~96]

 

Hebatnya,

bila berkata-kata,

Diajak turun padang,

merasai suasana dakwah,

Diam seribu bahasa.

 

Bangkit wahai anak muda!!!

Advertisements

Ajaib seorang mukmin

Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. [Rw Muslim] Continue reading

Aku janji

Aku janji

Dengan ini demi menjamin masa depan yang lebih bahagia dan diredhai, maka dengan izin dari Allah Robbal ‘Alamin aku berjanji akan bersungguh-sungguh untuk :

1)      Ikhlas beribadah kepada Allah swt.

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [al-an’am:162]

2)      Memohon hanya kepada Allah swt. Continue reading

Bercinta hingga ke Syurga

Assalamualaikum warahmatullah.

Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara ; Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang memiliki agama, engkau akan bahagia.

(HR. Bukhari dan Muslim) Continue reading