Solat awal waktu

Assalamualaikum warahmatullah.

Anda sayang kepada ibubapa anda? Apa yang anda boleh buat untuk balas segala kebaikan mereka kepada diri anda?

DOA. Doakan keampunan dan kebaikan bagi mereka. Bila-bila masa anda boleh berdoa, dimana-mana anda boleh berdoa (kecuali tempat2 tertentu), tidak kisah dalam bahasa apa sekali pun.

Antara masa mustajab (peluang tinggi untuk doa diterima Allah) berdoa adalah :

Sebelum solat (antara azan dan iqamah)

Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah” (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

Semasa solat (ketika sujud)

Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana waktu itu sangat tepat untuk dimakbulkan”  (Saahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48)

Selepas solat fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah swt, baginda s.a.w menjawab. “Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu” (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

Kalau hal SOLAT pun kita ambil culas, buat last minute ギリギリセーフtanpa sebab, masihkah ada lagi mustajab yang boleh kita harapkan dek kerana kemalasan diri sendiri?

Adakah itu tanda kita bersungguh-sungguh sayangkan ibubapa kita? Jika benar kita bersungguh, kita akan cuba sebolehnya untuk menggunakan masa mustajab itu sebaiknya. Pelihara kualiti solat, salah satu tanda sayang kepada ibubapa kita.

Jom solat di awal waktu!!! (Jangan lupa berdoa sekali) ^^

Maklumat lanjut di http://winter.ipij.info/

::Tammat::

Ukhwah Berterusan Tarbiyah Berpanjangan

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillahi robbil ‘alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w.

Orang-orang yang penuh dengan kasih sayang akan disayangi oleh Tuhan Ar-Rahman. Sayangilah penduduk bumi nescaya kalian akan disayangi penghuni langit. Menjalinkan silaturrahim adalah jalan dari Tuhan Ar-Rahman, barangsiapa yang menyambungnya, maka Aku (Allah) akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskannya, maka Aku akan memutuskannya selamanya.” [rw Imam Ahmad]

 

Sangat benarlah nasihat yang diberikan seorang sahabat ; “Masa yang ada TERLALU SINGKAT untuk kita cemburu, dengki, buruk sangka, terasa hati dan memendam rasa. Hargai orang-orang di sekeliling kita. Bayangkan ini adalah peluang terakhir kita untuk bertemu mereka. Menjadi penyayang. Beri kasih sayang dengan tulus dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.” [via FB]

Siapakah orang yang paling hebat menjalinkan silaturrahim? Sudah tentu Nabi s.a.w. Takutlah kita akan amaran yang diberikan Rasulullah s.a.w kepada mereka yang memutuskan silaturrahim.

Tidak ada satu dosa yang lebih pantas disegerakan seksaannya di dunia di samping seksaan yang disiapkan untuknya di akhirat kelak daripada kezaliman dan memutuskan silaturrahim.” [rw Imam Ahmad]

Mari berukhwah dan menghubungkan silaturrahim.

 

“Ukhwah Berterusan Tarbiyah Berpanjangan”

頑張ってください!!WII 2011

Assalamu ‘alaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, syukur dan puji bagi Allah.

Serikandi WII,

Semoga Allah merahmati setiap usaha kalian diatas kesungguhan melebar-luaskan kecantikan agama-Nya dibumi sakura ini. Kebaikan yang kalian fikirkan, bincangkan dan lakukan bersama-sama adalah perkara yang sangat bernilai dan berharga.

Sesiapa yang beramal soleh dari kalangan lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” [an-nahl:97]

 

Serikandi WII,

Keterlibatan kalian dalam bersama-sama menyokong dan mendokong usaha dakwah ini merupakan satu kebaikan yang sangat banyak. Kalian menjadi sayap penting dalam membuktikan Islam ini adalah rahmatan lil ‘alamin. Islam tidak jumud, kolot dan mengongkong. Buktinya pada diri kalian. Semoga Allah merahmati kalian.

Teruslah istiqamah di atas jalan ini. Yakinlah sesungguhnya usaha yang kalian lakukan, peluh yang kalian titiskan, harta yang kalian infaqkan, masa yang kalian luangkan dan perasaan yang kalian korbankan tidak akan dipersiakan oleh Allah subhanahu wa ta‘ala.

“…dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman” [ar-rum:47]

Serikandi WII,

Selamat berprogram dan berukhwah. Manfaatkan setiap masa dan ketika kalian bersama-sama untuk berukhwah diatas landasan persaudaraan Islam. Semoga kalian menjadi permata-permata bersinar yang akan menyinari perjalanan dakwah baik di sini (Jepun) atau di mana sahaja.

Siiru ‘ala barakatillah

15 Zulhijjah 1432H

11.11.11

Presiden IPIJ

Ukhwah berterusan tarbiyah berpanjangan

‘Arafah

Ditanya kepada Rasulullah s.a.w berhubung berpuasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Berpuasa pada hari Arafah akan diampuni dosanya satu tahun sebelum dan satu tahun selepas.” [Rw Muslim]

Mari berpuasa Sabtu ini.

 

 

 

2 ekor kupu-kupu

Keimanan saya terhadap Islam mestilah mencapai peringkat mengimani bahawa masa depan yang gemilang adalah untuk Islam. Justeru Islamlah yang paling layak dan mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Islam satu-satunya cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia. Ia dapat mengimbangi tuntutan lahiriah dan rohaniah insan.

Tidakkah Allah yang  menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Dia maha halus urusan pentadbiranNya, lagi maha mendalam pengetahuanNya” [al-mulk:14]

(Apa Ertinya Saya Menganut Islam : Fathi Yakan)

Continue reading