Musafir Yakin

Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.

Apabila kita keluar bermusafir, wajiblah keatas diri kita untuk mempercayai dan meyakini jalan yang akan kita lalui. Kita juga akan meredhai jalan yang kita pilih untuk sampai kepada destinasi yang kita ingin tuju.

Jika kita bermusafir menggunakan laluan yang kita tidak yakin padanya, mudah sekali untuk kita sesat dan hilang arah tujuan ketika dalam perjalanan. Kita akan cepat ragu-ragu dan saling tidak mempercayai diantara ahli musafir.

Maka perjalanan musafir kita akan terganggu kemungkinan besar juga kita akan berpindah ke jalan lain dan bercerai-berailah kita dengan ahli musafir yang lain.

Cerita sama di jalan dakwah. Kisah kita musafir di dunia.

Jalan dakwah bukan jalan bid‘ah, bukan jalan yang baru tetapi jalan sama yang pernah dilalui para anbiya dan salafus soleh.

Jalan dakwahlah yang sepatutnya terlebih utama dipercayai dan diyakini kerana inilah jalan asal dimana seorang Muslim mengikat segala urusan hidupnya dan kepada Nya lah dia menyerahkan segala apa yang dimiliki sama ada harta, jiwa atau usia, fikiran dan waktu kerana disinilah letaknya kesudahan dan masa depan yang hakiki.

Maka wajib keatas diri setiap Muslim yang memilih laluan ini untuk tahu tentang keselamatan jalan dakwah, mengetahui keasliannya dan meyakininya supaya usia tidak dibazirkan di jalan yang menyeleweng dan bengkok.

Katakanlah: Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” [12:108]

Jangan ragu-ragu dengan jalan dakwah. Sekiranya kita enggan, sesungguhnya kita akan terumbang-ambing diantara bimbang dan ragu-ragu. Dikala kita membiarkan jalan ini, sesungguhnya pasukan Allah akan terus berjalan tanpa mempedulikan sama ada bilangan mereka ramai atau sedikit.

“.. dan pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah yang maha kuasa, lagi maha bijaksana.” [3:126]

Wallahua’lam

 

(jalan dakwah: Mustafa Masyhur)

Hebatnya, tapi sayang hanya kata-kata

A : Aku rasa para daie hari ni kena buat camni, camtu, bla..bla..bla..

B : Sepatutnya kena bykkan program yg lebih mesra pemuda. Ni program yg skema, rigid. Maner la org nk join.

C : Dakwah ni kena byk sabar, arini ramai org yg berdakwah tp ikut perasaan. Baru kena kutuk sket dah melenting.

D : Kalau begini caranya perjuangkan Islam, smpai bile2 pun takkan berjaya.

E : Rosaklah Islam kalau ade pemimpin macam ni.

 

Macam-macam. Komentar-komentar hebat para “dai’e online”.

 

^_^ : Jom join usrah hujung minggu ni?

A,B,C,D,E : errrr, sori la, aku busy. Len kali la ye.

^_^ : Jom jadi ajk utk kem ibadah next week?

A,B,C,D,E : errr, sori la, aku tak sedia lagi la. Len kali la ye

^_^ : Minggu depan ade ceramah kat masjid, jom la, ajak membe2 len.

A,B,C,D,E : errr, kalau aku tak busy aku ajak. Join ke tak aku tak bleh janji la.

^_^ : Jom g daftar utk jadi pengundi nak?

A,B,C,D,E : Malas la, kalau tgk politik sekarang ni, mmg tak berkenan aku.

 

Alasan, alasan, alasan dan alasan kita terus beri.

 

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.  Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  [an-nisa’:95~96]

 

Hebatnya,

bila berkata-kata,

Diajak turun padang,

merasai suasana dakwah,

Diam seribu bahasa.

 

Bangkit wahai anak muda!!!

‘Arafah

Ditanya kepada Rasulullah s.a.w berhubung berpuasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Berpuasa pada hari Arafah akan diampuni dosanya satu tahun sebelum dan satu tahun selepas.” [Rw Muslim]

Mari berpuasa Sabtu ini.

 

 

 

Mana Milik Kita

Sesungguhnya amal yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam menghadapi jahiliyah, dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Islam dan mengembalikan kehidupan Islam adalah menjadi bukti syarie bahawa beramal untuk Islam itu merupakan kewajipan secara jemaah. Rasulullah tidak menggunakan uslub (kaedah) amal fardhi (individu) semata-mata, malah sejak dari awal-awal lagi Rasulullah s.a.w telah mengambil berat usaha-usaha menubuhkan satu jamaah. Baginda memilih anasir-anasir jamaah ini dengan pemilihan yang teliti. Baginda melakukan satu bentuk pembersihan terhadap anggota jamaah dalam proses perubahan yang dilakukannya. Itulah yang telah dibuktikan oleh sirah Rasulullah s.a.w dalm semua tahap dan peringkat.

[Apa Erti Saya Menganut Islam-Dr Fathi Yakan]

“Bergabungnya aku dengan IM telah mengubah cita-citaku daripada cita-cita biasa dan terbatas kepada cita-cita yang besar dan universal. Keinginanku tidak lagi hanya berputar di sekitar masalah peribadiku tetapi cita-cita yang berkaitan umatku. Keinginanku tidak hanya sekadar menyelesaikan pengajianku, tetapi aku menginginkan sesuatu yang lebih luas dan lebih daripada sekadar mencari keuntungan peribadi dan masa depan sendiri.

[Aku dan Ikhwanul Muslimun-Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi]

“seperti team bolasepak Chelsea, apabila Jose Bosingwa, Didier Drogba dilayangkan kad merah, dan Juan Mata cedera maka persembahan pasukan agak terasa pincangnya sungguhpun pasukan masih mempunyai pemain lain yang berkaliber. Begitu juga bagi IPIJ, apabila beberapa EXCO,AJK,NUQABA nya cedera, sakit dan uzur untuk menghadiri meeting, program dan usrah, maka kami rasa kehilangan… Justeru itu sahabat-sahabatku, segeralah sembuh agar kita terus gagah berganding tangan selangkah kaki melangsungkan visi dan misi perjuangan.”

[edit via FB]

Kita tak punya apa-apa. Dalam keadaan “papa kedana” ni pun kita masih tidak mahu bersama dengan kerja-kerja agama. 

Ampuni kami ya Allah…

Infiru Khifafan wa Thiqalan

Alhamdulillah. Allah masih beri pada kita nikmat Islam dan Iman, nikmat yang besar. Kalaulah nikmat Islam itu suatu nikmat yang besar, maka nikmat memperjuangkan Islam itu terlebih besar. Mudah-mudahan kita menjadi hamba Tuhan yang berfikir.

Sangat mudah bagi Allah untuk memberi kemenangan kepada Islam. “Kun Fayakun”. Jadi mengapa sekarang ini kita perlu melakukan amal islami sedang Allah tidak memerlukan kepada manusia? Kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk mendapatkan pahala.  Continue reading