Islam : tolak perkauman

Rasulullah saw pernah berkata :

“bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru ke arah perkauman, bukan daripada kalangan kami orang yang berjuang atas dasar perkauman, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati atas dasar perkauman”

para sahabat bertanya,

“apakah yang dinamakan perkauman itu wahai Rasulullah?

Rasulullah saw menjawab;

“kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman (iaitu walaupun dia zalim kamu menolong dan berpihak kepadanya.)”

Tidak salah seorang itu kasih kepada kaum bangsanya, kerana Rasulullah juga kasih kepada keluarga dan bangsanya. Tetapi perasaan kasih itu tidak boleh dijadikan akidah sehingga menjejaskan penentuan benar dan salah, adil dan zalim, kerana kebenaran sepenuhnya daripada Allah.

Tidak ada seorang pun yang istimewa dibawah hukum Islam, undang-undang dan peraturannya sama ada dalam perkara menentukan benar ataupun salah, menjatuhkan hukuman atau pembahagian hak.

Malah Islam yang bersifat universal itu bukan sahaja dalam soal mengendalikan urusan orang-orang yang sudah menganut Islam, tetapi juga melibatkan semua manusia termasuk yang belum menganut Islam.

(Bagaimana Islam memerintah negara : Haji Abdul Hadi Haji Awang)

One thought on “Islam : tolak perkauman

Leave a comment