Ajaib seorang mukmin

Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. [Rw Muslim] Continue reading

Aku janji

Aku janji

Dengan ini demi menjamin masa depan yang lebih bahagia dan diredhai, maka dengan izin dari Allah Robbal ‘Alamin aku berjanji akan bersungguh-sungguh untuk :

1)      Ikhlas beribadah kepada Allah swt.

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [al-an’am:162]

2)      Memohon hanya kepada Allah swt. Continue reading

No On Off

 

majlis ilmu taman syurga penyubur taqwa

Barangsiapa yang berTAQWA kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan). Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” [at-talaq:2-3]

Continue reading

Kerana ini jalan ke syurga

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Jalan (perjuangan) ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, tetapi ianya dibentangkan dengan onak dan duri. Ingatlah, kita adalah salah satu mata rantai daripada rantaian dakwah yang panjang. Bukanlah kita yang memulakan, juga bukan kita yang menamatkan perjuangan ini. Kalau kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita pendek dan singkat. Tapi kalau kita hidup kerana perjuangan, hidup kita penuh makna dan panjang.

Continue reading

Artwork IPIJ

let’s start question in ourselves, isn’t this proof enough for us or are we so blind to push it all aside

Continue reading